SPR bincang PRK Kinabatangan, Lamag

PUTRAJAYA 9 Dis. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Selasa ini, 16 Disember bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Sabah.

Setiausaha SPR, Khairul Shahril Idrus, berkata pihaknya sudah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dr Johari Abdul dan Speaker DUN Sabah,  Kadzim M Yahya berhubung kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi berkenaan, hari ini.

“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah yang memperuntukkan bahawa kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P187 Kinabatangan dan Dewan Undangan N58 Lamag, Sabah, hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan dipastikan SPR.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada 16 Disember 2025, yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pilihan raya Sabah baru-baru ini, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.

Bung Moktar meninggal dunia pada usia 66 tahun, kurang seminggu selepas dipilih sebagai ADUN Lamag untuk penggal kedua.

Nnn

Related posts

Leave a Comment