Varian baharu Covid-19 di Afrika Selatan

JOHANNESBURG: Varian baharu Covid-19 yang dikenali sebagai B.1.1.529 dikesan dalam skala kecil di Afrika Selatan sekali gus menjadi kebimbangan utama di negara itu.

Para saintis Afrika Selatan sedang mengkaji lebih lanjut potensi implikasinya dan  pakar virologi, Tulio de Oliveira berkata varian baharu tersebut menyebabkan berlakunya peningkatan penularan jangkitan.

Varian  itu mempunyai kadar mutasi yang sangat luar biasa yang mampu mengelak tindak balas imun badan dan menjadikannya lebih mudah berjangkit.

Menurut pakar, kajian awal di makmal mendapati varian tersebut telah menular dengan pantas di wilayah Gauteng serta Johannesburg dan bandar Pretoria dan kemungkinan sudah menular sehingga ke lapan wilayah.

Setakat ini 22 kes dikenal pasti membabitkan varian tersebut dan varian tersebut dikatakan sudah dikenal pasti di Botswana dan Hong Kong melibatkan pengembara dari Afrika Selatan.

Jumlah jangkitan Covid-19 di Afrika Selatan ketika ini meningkat kepada lebih 1,200 kes harian berbanding hanya lebih 100 kes awal bulan ini.

Bagaimanapun, kerajaan masih belum membuat keputusan untuk melaksanakan sekatan.

Related posts

Leave a Comment