24.9 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 21 Nov. – Sebanyak 76.4 peratus atau 24,964,238 individu daripada populasi negara sudah lengkap divaksinasi setakat malam tadi manakala 78.5 peratus atau 25,657,350 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Berdasarkan data melalui laman COVIDNOW, populasi dewasa lengkap divaksin pula mencapai 95.6 peratus atau 22,379,626 individu, manakala 97.8 peratus atau 22,906,258 sekurang-kurangnya sudah mendapat satu dos.

Sementara itu, 82.1 peratus atau 2,584,612 kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah lengkap divaksin, manakala 87.4 peratus sudah mendapat satu dos mereka.

Sementara itu 105,103 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 16,848 suntikan dos lengkap, 6,549 menerima dos pertama dan 81,706 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,842,386.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 1,407,762.

Related posts

Leave a Comment