Kadar kebolehjangkitan Putrajaya kekal 1.20

PUTRAJAYA 15 Nov. – Dua hari berturut-turut kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia kekal dengan kadar 1.05, semalam, sama seperti hari sebelumnya.

Turut mengekalkan kadar yang sama seperti hari sebelumnya adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 1.20, kadar tertinggi dan satu-satunya negeri yang mengatasi purata kebangsaan.

Lima negeri merekodkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.00 didahului Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merekodkan 1.05, Selangor 1.04, Negeri Sembilan 1.02, Pahang 1.02 dan Kelantan 1.01.

Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan Rt lebih rendah iaitu Johor 0.99, Sabah 0.98, Kedah 0.97, Pulau Pinang 0.97, Melaka 0.97, Perak 0.95, Terengganu 0.92 dan Sarawak 0.86

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 17 kes dan Perlis 11 kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment