Kes harian Singapura turun

SINGAPURA 15 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 1,723 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari semalam dengan 10 lagi pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan Covid-19.

Angka itu menunjukkan penurunan kes jangkitan harian berbanding 2,304 kes yang direkodkan pada Sabtu.

Menurut MoH, kes baharu dalam masyarakat adalah 1,651, enam lagi kes import,  66 kes melibatkan penghuni asrama pekerja asing dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 237,203.

Bagi kes kematian pula, 10 kes melibatkan mereka yang berusia antara 60 hingga 69  tahun dan kesemua yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.97, berbanding 0.98 yang dicatatkan pada Sabtu.

Sementara itu, seramai 1,525 pesakit masih dirawat di hospital di mana 242 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 52 kes tidak stabil dan dipantau rapi di ICU dan 69 sakit tenat dan perlu intubasi di ICU.

Keseluruhan kadar penggunaan ICU pula adalah 63.3 peratus

Seramai 2,202 pesakit dibenarkan pulang dengan 393 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Related posts

Leave a Comment