95 peratus dewasa lengkap 2 dos

PUTRAJAYA 10 Nov. – Setakat semalam, sebanyak 75.5 peratus atau 24,642,379 individu daripada populasi keseluruhan negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 78.3 peratus atau 25,550,899 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Dalam tempoh yang sama, 22,228,388 individu atau 95 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, 97.6 peratus atau 22,828,481 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,413,991 individu atau 76.7 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,722,418 individu atau 86.5 peratus mendapat satu dos.

Terdapat pertambahan 116,642 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 50,656,181 dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Related posts

Leave a Comment