95.5 % penduduk lengkap 2 dos

PUTRAJAYA 1 Nov. – Sebanyak 74.9 peratus atau 24.45 juta daripada kira-kira 32 juta penduduk negara ini sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19 setakat malam tadi.

Portal COVIDNOW menunjukkan setakat Ahad, 95.5 peratus atau 22.36 juta golongan dewasa lengkap menerima dua dos vaksin

Sebanyak 97.7 peratus atau 22.87 juta sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 83 peratus atau lebih 2.61 juta menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, dan 66.4 peratus atau lebih 2 juta pula sudah lengkap dua dos.

Setakat semalam, hanya sekitar 2.3 peratus daripada 23.4 juta penduduk dewasa masih belum divaksinasi, manakala kalangan remaja pula melibatkan sejumlah 17 peratus daripada 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Ketika ini, hanya dua negeri masih mencatat jumlah penduduk dewasa lengkap divaksinasi di bawah 80 peratus, iaitu Kelantan (79.1 peratus) dan Sabah (73.2 peratus), manakala lapan negeri dan wilayah sudah merekodkan lebih 90 peratus.

Related posts

Leave a Comment