Covid-19 : 93 lagi meninggal dunia

PUTRAJAYA 12 Okt. – Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 93 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 27,422 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,341,320 kes yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, sejumlah 16 daripada 93 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu.

Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik itu, mengambil masa.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit Covid-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam, sejumlah 65.6 peratus daripada keseluruhan populasi negara sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19 dan 75 peratus pula mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Related posts

Leave a Comment