Kadar kebolehjangkitan kekal

PUTRAJAYA 9 Okt. – Tiga hari berturut-turut, nilai  kadar kebolehjangkitan (R-naught) kekal pada 0.86 semalam.

Sebelas negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Putrajaya dengan 1.11, Perlis 1.08 dan Negeri Sembilan 1.03..

Ini diikuti Terengganu 0.98, Kelantan 0.97, Pahang 0.95, Melaka 0.94, Kuala Lumpur 0.88, Sarawak 0.87, Kedah 0.87, Perak 0.87, dan Selangor 0.87.

Tiga negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Johor 0.82, Pulau Pinang 0.83 dan Sabah 0.82

Labuan merekodkan dua kes Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment