Tiga hari R-naught kekal 0.87

PUTRAJAYA 6 Okt. – Nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught) di Malaysia mencatatkan angka yang sama semalam iaitu 0.87 , untuk tiga hari berturut turut.

Sepuluh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Perlis yang kadar purata 1.03 dan Melaka 1.00.

Ini diikuti Putrajaya 0.99, Negeri Sembilan 0.97, Pahang 0.97, Terengganu 0.96, Kelantan 0.96, Kedah 0.88 sementara Selangor dan Perak menyamai kadar purata kebangsaan.

Sementara itu, lima negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu

Johor 0.85, Sarawak 0.84, Sabah 0.84, Kuala Lumpur 0.84 dan Pulau Pinang 0.83 manakala Labuan merekodkan tiga kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment