Hampir enam jam telefon ‘senyap sunyi’

MALAM tadi, ramai yang ‘tidur awal’ atau ‘tidak tentu arah’ apabila platform laman sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp terganggu apabila gagal diakses.

Ribuan pengguna berdepan kesukaran mengakses laman-laman tersebut sejak kira-kira pukul 12 malam dalam apa yang disifatkan DownDetector sebagai “masalah teknikal terbesar pernah berlaku”.

Ruang WhatsApp yang biasanya sibuk dengan pelbagai mesej terutama menjelang awal pagi senyap sunyi akibat gangguan itu.

Bagaimanapun selepas hampir enam jam terganggu, platform tersebut pulih semula kira-kira pukul 6.30 pagi ini.

Rata-rata pengguna berjaya memasuki ketiga-tiga aplikasi tersebut, tetapi penggunaannya masih terhad.

Masalah berkenaan merupakan yang kedua dialami platform media sosial itu selepas dituduh tidak menyekat kenyataan berbaur hasutan dan benci serta berita palsu serta mementingkan keuntungan.

“Saya memohon maaf kepada setiap perniagaan kecil mahupun besar, keluarga dan setiap individu yang bergantung kepada perkhidmatan kami,” kata Ketua Pegawai Teknologi Facebook, Mike Schroepfer menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya.

Tambah Schroepfer, syarikat itu memerlukan sedikit masa lagi bagi memulihkan keadaan sepenuhnya.

Related posts

Leave a Comment