76 kematian Covid-19

PUTRAJAYA 5 Okt. – Sebanyak 76 kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu meningkat kepada 26,759 kes.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, jumlah kematian harian sebenar yang dilaporkan adalah dua manakala sejumlah 15 kematian berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Untuk rekod, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu.

Tunggakan itu disebabkan proses bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik itu, mengambil masa.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit Covid-19 menunjukkan penurunan ketara selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment