Dos perangsang warga emas mulai hari ini

SINGAPURA 1 Okt. – Mulai hari ini, kira-kira 500,000 warga emas yang layak boleh mendapatkan dos perangsang Covid-19 tanpa perlu membuat janji temu.

Mereka harus berusia 60 tahun dan ke atas dan sudah menerima suntikan dos vaksin kedua mereka sebelum 1 April.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH): golongan .ini termasuk warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang.

Mereka boleh ke mana-mana pusat vaksinasi, poliklinik atau klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) untuk menerima dos perangsang mereka.

Setakat Rabu, MoH telah menjemput kira-kira 500,000 warga emas yang layak untuk menerima suntikan dos perangsang.

Seramai 215,729 daripada mereka sudah menerima suntikan dos ketiga itu dan lagi 119,000 telah membuat janji temu.

MoH mula menawarkan suntikan dos perangsang vaksin Covid-19 kepada warga emas pada 15 September.

Setakat Rabu, sebanyak 82 peratus penduduk Singapura sudah lengkap menerima dos vaksin Covid-19 di bawah program vaksinasi nasional, manakala 85 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Related posts

Leave a Comment