Argentina tarik balik pelitup muka

BUENOS AIRES: Mulai 1 Oktober ini, Argentina melonggarkan pelbagai peraturan berkaitan mengekang penularan Covid-19 termasuk menarik balik peraturan penggunaan pelitup muka di majlis dan aktiviti berkumpulan di kawasan terbuka.

Menteri Kesihatan Carla Vizzotti berkata, langkah itu susulan kejayaan penurunan kadar jangkitan dan kematian akibat Covid-19 sejak beberapa minggu lepas.

Bagaimanapun penggunaan pelitup muka tetap diwajibkan di kawasan tertutup.

“Pertama, kita menarik semula kewajipan penggunaan pelitup muka di kawasan terbuka dan di kawasan tiada orang awam, tiada penghimpunan orang awam. Kewajipan pengunaan pelitup muka diteruskan di semua kawasan tertutup,” katanya.

Di samping itu, dewan dan restoran dibenarkan beroperasi dengan kapasiti terhad iaitu 50 peratus dan pengunjung perlu pengesahan lengkap vaksinasi 14 hari sebelum memasuki premis.

Argentina juga membenarkan aktiviti yang melibatkan perhimpunan lebih 1,000 orang awam dengan kapisiti terhad 50 peratus dengan protokol tertentu.

Ini sekali gus bermakna stadium akan dibuka semula.

Pengembara yang tiba ke negara itu bagi tujuan pekerjaan juga tidak perlu melalui proses kuarantin.

Related posts

Leave a Comment