Dunia suntik lebih 6.01 bilion dos

LEBIH 6.01 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Jumaat, demikian menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.18 bilion dos vaksin, diikuti India sebanyak 840 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 386 juta dos vaksin.

Brazil pula mencatatkan lebih 227 juta dos sementara Jepun melebihi 154 juta manakala Jerman dan Turki melebihi 106 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 130 juta dos, diikuti Thailand, Filipina dan Malaysia melebihi 40 juta.

Sementara itu Singapura dengan lebih 9 juta dos vaksin di mana setakat 21 September, sebanyak 82 peratus penduduk sudah mendapatkan suntikan vaksin lengkap manakala 84 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sebanyak 8,990,844 dos vaksin Covid-19 diberi di bawah program vaksinasi negara meliputi 4,582,020 individu dengan 4,459,445 orang lengkap vaksinasi mereka.

Selain itu,186,019 dos vaksin lain diberi di bawah senarai penggunaan kecemasan WHO kepada 87,177 orang.

Related posts

Leave a Comment