Kadar kebolehjangkitan naik

PUTRAJAYA 16 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia kembali mencatatkan peningkatan kepada 0.97 semalam berbanding 0.96 hari sebelumnya.

Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Sarawak kekal merekodkan kadar tertinggi dengan 1.14.

diikuti Terengganu 1.08, Perlis 1.06, Perak 1.02, Johor 1.01, Pahang 1.01,  Kelantan 1.00 dan Pulau Pinang 1.00.

Sementara itu, tujuh negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Sabah 0.93, Melaka 0.92, Kedah 0.92, Putrajaya 0.87, Negeri Sembilan 0.87, Selangor 0.84 dan Kuala Lumpur 0.81.

Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok mencatatkan sifar kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment