Kanak-kanak, remaja juga berisiko

WASHINGTON: Kanak-kanak dan orang muda di Amerika Latin juga berdepan risiko besar Covid-19, kata Pengarah Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) Carissa Etienne.

Katanya, ketika ramai populasi dewasa menerima suntikan vaksin, kanak-kanak yang masih belum layak di kebanyakan negara ketika ini mencatatkan peningkatan kes di hospital dan kematian akibat Covid-19.

“Tahun lepas, terdapat lebih 1.5 juta kes Covid-19 membabitkan kanak-kanak dan remja yang dilaporkan di wilayah ini dan angka itu telah meningkat kepada 1.9 juta sehingga kini.

“Oleh kerana lebih ramai golongan dewasa telah menerima vaksin Covid-19, lebih banyak kes kemasukan ke hospital atau kematian akibat virus ini melibatkan kanak-kanak yang belum terima vaksinasi.

“Jadi perlu dijelaskan di sini, golongan kanak-kanak dan remaja juga berdepan risiko akibat dijangkiti Covid-19,” katanya.

Beberapa negara di Amerika Latin seperti Peru sudah memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka dan negara itu turut merekodkan kadar jangkitan tinggi dalam kalangan kanak-kanak.

Related posts

Leave a Comment