807 kes dilaporkan Singapura

SINGAPURA 16 Sept. – Singapura melaporkan 804 jangkitan tempatan Covid-19 dan tiga kes import setakat pukul 12 tengah hari semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan 73,938 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) daripada jumlah itu, 770 adalah kes dalam masyarakat dan 34 penghuni asrama pekerja manakala 238 orang adalah golongan warga senja yang berusia 60 tahun keatas.

Tiga kluster besar dikesan iaitu di Rumah Jagaan Orange Valley di Simei, Rumah Jagaan Jamiyah dan sebuah asrama di 7 Senoko South Road.

Sementara itu satu kes import dikesan sebaik tiba di Singapura makala dua kes lagi ketika menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau tempoh pengasingan.

Kluster Rumah Jagaan Orange Valley di Simei mempunyai sejumlah 13 kes, kesemuanya adalah penghuni rumah jagaan tersebut manakala 13 kes dikaitkan dengan kluster Rumah Jagaan Jamiyah.

Kluster baharu di asrama pekerja pula di 7 Senoko South Road yang mempunyai 26 kes secara keseluruhannya.

Sementara itu, daripada 822 pesakit yang dimasukkan ke hospital, sebanyak 76 sakit teruk sehingga memerlukan bantuan oksigen dan sembilan dalam keadaan tenat di unit jagaan rapi (ICU).

Dalam kalangan mereka yang sakit tenat pula, 66 adalah warga emas yang berusia lebih 60 tahun.

Bagi vaksinasi pula, setakat Selasa, 81 peratus penduduk Singapura sudahpun selesai menjalani rejimen vaksinasi lengkap atau menerima dua dos vaksin Covid-19 manakala 84 peratus sudahpun menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Lebih 8.88 juta dos vaksin diberikan di bawah progam vaksinasi negara, meliputi kira-kira 4.56 juta penduduk dengan 4.43 juta daripadanya sudahpun melengkapi dos.

Related posts

Leave a Comment