Tong air zamzam dikembalikan

MAKKAH 16 Sept. – Selepas hampir dua tahun, tong-tong air zam-zam ‘disimpan’ berikutan pandemik Covid-19, akhirnya semalam ia dikembalikan di kedua-dua Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Menurut Pejabat Presiden Ehwal Dua Masjid Suci Arab Saudi, untuk memastikan air zam-zam dalam tong-tong tersebut selamat untuk diminum dan bebas daripada pencemaran, contoh air diuji setiap hari menggunakan teknologi terkini.

Sistem terkini dimanfaatkan menggunakan sinaran ultra ungu bagi membunuh bakteria dan virus jika terdapat dalam air zam-zam.

Tong-tong air zam-zam sebelum ini mula dikeluarkan dari kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sejak bermulanya penularan Covid-19 pada awal 2020.

Berikutan itu, pihak masjid menggunakan pelbagai kaedah termasuk diedar oleh petugas masjid,  menyediakan dalam botol yang turut diagihkan oleh robot.

Related posts

Leave a Comment