Kadar kebolehjangkitan kekal 0.98

PUTRAJAYA 14 Sept. – Dua hari berturut-turut, nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia kekal pada angka yang sama iaitu 0.98.

Bagaimanapun lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Sarawak mencatat kadar tertinggi dengan 1.16.

Ini diikuti Terengganu 1.08, Johor 1.02, Perak 1.02, Pahang 1.01, Kelantan 1.00, Perlis 1.00 dan Pulau Pinang 1.00.

Sementara itu, tujuh negeri mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu

Sabah 0.93, Kedah 0.92, Melaka 0.91, Putrajaya 0.87, Negeri Sembilan 0.85, Selangor  0.82 dan Kuala Lumpur 0.81.

Labuan yang sudah mencapai imuniti kelompok pula hanya mencatatkan 11 kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment