Varian baharu musnahkan harapan?

COPENHAGEN: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah, menyatakan rasa pesimis terhadap kemampuan vaksin menamatkan pandemik Covid-19 berikutan kemunculan varian baharu yang melenyapkan harapan bagi mencapai imuniti kelompok.

“Mengambil kira kemungkinan virus itu akan terus berada di sekeliling kita selama beberapa tahun lagi, pegawai kesihatan kini harus memikirkan bagaimana untuk menyesuaikan strategi vaksinasi secara berperingkat khususnya berhubung keperluan dos tambahan,” katanya.

Pada Mei lalu, pengarah WHO itu berkata pandemik Covid-19 akan berakhir apabila sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk dunia sudah divaksinasi.

Menurut laporan AFP,  Kluge mengakui keadaan kini telah berubah disebabkan kemunculan varian baharu yang lebih mudah merebak seperti Delta.

“Saya rasa ini membawa kita kepada tujuan vaksinasi iaitu yang pertama dan paling utama untuk mencegah penyakit lebih serius serta risiko kematian,”katanya.

Beliau berkata jika kita sedar Covid-19 akan terus bermutasi dan berada bersama sebagaimana demam selesama, maka kita perlu menjangkakan bagaimana menyesuaikan strategi vaksinasi secara berperingkat ke arah endemik.

“Kita perlu mengumpulkan pengetahuan penting berhubung kesan suntikan tambahan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment