Ramai kanak-kanak dijangkiti

SINGAPURA 11 Sept. – Lebih ramai kanak-kanak dijangkiti Covid-19 disebabkan oleh varian Delta, iaitu varian koronavirus paling dominan yang kini menularkan jangkitan dalam masyarakat di sini.

Prof. Madya Kenneth Mak dari Kementerian Kesihatan (MoH) bagaimanapun berkata, kanak-kanak yang dijangkiti tidak sakit teruk dan mereka sama ada tidak bergejala atau setakat mengalami simptom ringan.

Beliau berkata pihak berkuasa sedar situasi  negara-negara lain, khususnya Amerika Syarikat, yang menyaksikan ramai kanak-kanak dimasukkan ke unit jagaan rapi malah ada juga yang meninggal dunia angkara jangkitan virus itu.

Katanya ketika Singapura meneruskan rancangannya untuk hidup bersama dengan Covid-19 yang masih berlegar, negara ini harus bersiap sedia menghadapi kemungkinan kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 sakit atau meninggal dunia.

Mak turut menegaskan perlindungan vaksinasi mesti terus diperluaskan, terutama dalam kalangan mereka yang mudah terjejas termasuk warga emas.

Beliau juga menggesa wanita hamil dan wanita yang merancang untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi supaya mendapatkan vaksin.

Katanya, data menunjukkan bahawa vaksinasi berupaya mengurangkan kemungkinan seseorang yang terjangkit merebakkan virus itu kepada orang lain.

“Walaupun jumlah virus adalah serupa dalam kalangan individu belum divaksin dan yang sudah divaksin di peringkat awal jangkitan, para pesakit Covid-19 yang sudah divaksin berupaya menghapuskan jangkitan virus itu dengan lebih pantas,” katanya pada satu sidang media.

Kajian Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) ke atas kluster pasar Bukit Merah View mendapati, seseorang yang sudah divaksin adalah dua kali ganda kurang kemungkinan dijangkiti berbanding seseorang yang belum divaksin, apabila mereka tededah kepada kes Covid-19 yang sama di rumah.

Bagi yang sudah divaksin, misalnya, yang berusia antara 60 dengan 69 tahun, profil risiko akan berubah dengan vaksinasi di mana bagi bantuan oksigen tambahan untuk rawatan di unit jagaan rapi kini lebih rendah, serupa dengan individu belum divaksin yang berusia bawah 50 tahun.

Related posts

Leave a Comment