1,599 kes, 8 kematian di NSW

NEW South Wales, negeri paling ramai penduduk di Australia, mencatat rekod baharu jangkitan Covid-19 dengan 1,599 kes penularan dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 8 malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 42,000.

Ketika perintah berkurung di NSW ditamatkan mulai hari ini, 11 September, lapan lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah korban setakat ini 170 orang.

Semalam Ketua Menteri, Gladys Berejiklian berkata, pihaknya, ingin memastikan semua pihak menikmati kebebasan apabila mencapai 70 peratus vaksinasi penuh.

“Ini kerana, kita jangkakan, apabila tiba pertengahan September nanti, semua orang telah menerima vaksin, jumlah jangkitan akan mula berkurangan,” kata Berejiklianv di Sydney.

Terdapat 170 kematian di NSW sejak 16 Jun 2021 dan 226 sejak pandemik bermula dan 36,374 kes tempatan dicatatkan sejak kes pertama direkodkan pada 16 Jun 2021.   

Setakat ini 1,164 pesakit Covid-19 dirawat di hospital di mana 221 mendapatkan rawatan rapi dan 94 memerlukan bantuan pernafasan.

Semalam, sebanyak 32,150 vaksin Covid-19 didaftarkan dan secara keseluruhan sebanyak 77.3 peratus penduduk menerima dos pertama dan 44.5 peratus dos kedua.

Sementara itu, di Perth, Ketua Menteri Australia Barat, Mark McGowan memaklumkan, negerinya akan mengambil masa lebih lama untuk membuka semula sempadan berbanding negeri-negeri lain.

Beliau turut memberi amaran sekiranya sempadan negeri itu dibuka, Australia Barat akan berdepan dengan penularan jangkitan dalam komuniti, perintah ‘lockdown’ dan kematian.

Sejak ia ditutup, aktiviti pada waktu malam yang dianjurkan di negeri itu dijalankan dengan aktif tanpa pemakaian pelitup muka.

Pelbagai aktiviti sukan dijalankan, termasuk 53,000 peminat ragbi memenuhi Stadium Perth untuk menyaksikan perlawanan antara All Blacks dan Wallabies pada Ahad lepas.

Kerajaan persekutuan menyuarakan kekecewaan mereka susulan keengganan McGowan membuka semula sempadan.

Related posts

Leave a Comment