LEBIH 5.44 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Isnin, demikian menurut data Johns Hopkins University.
China mendahului dengan lebih 2.10 bilion dos diikuti India sebanyak 687 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 373 juta dos vaksin.
Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, Jepun dan Jerman manakalaTurki dan United Kingdom masing-masing melebihi 90 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 103 juta dos, diikuti Malaysia dengan lebih 36 juta dos.
Filipina dan Thailand pula masing-masing dengan 34 juta dos dan
Singapura di tangga kelima dengan lebih 8 juta dos.
