Peru percepat vaksinasi guru

LIMA: Peru akan mempercepatkan program vaksinasi negara dalam kalangan guru di kawasan bandar bagi memudahkan proses pembelajaran secara bersemuka.

Presiden Peru, Pedro Castillo, berkata, vaksinasi adalah syarat utama untuk guru kembali mengajar di sekolah yang tarikh rasminya belum diumumkan

Rancangan vaksinasi untuk guru ketika ini tertumpu kepada sekolah di kawasan bandar, selepas kempen nasional mencapai lebih daripada 60 peratus kakitangan sekolah di luar bandar.

Beberapa sekolah di luar ibu kota telah membuka sesi pengajaran di sekolah sementara kebanyakan sekolah masih berjalan secara dalam talian.

Peru telah mencatatkan lebih dari 2 juta jangkitan dan kira-kira 198,000 kematian sejak bermulanya pandemik itu.

Kira-kira 25.46 peratus daripada 32 juta penduduknya sudah divaksinasi sepenuhnya.

Related posts

Leave a Comment