15.6 juta lengkap dua dos

PUTRAJAYA 4 Sept. – Sebanyak 47.8 peratus atau seramai 15,606,818 daripada keseluruhan populasi di Malaysia telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Pada masa yang sama, seramai 20,261,734 individu atau 62 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 35,841,103 dos.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 66.7 peratus setakat semalam berbanding 65.9 peratus, pada Khamis.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan 321,349 dos diberikan, iaitu 177,518 merupakan dos kedua dan baki 143,831 adalah dos pertama.

Related posts

Leave a Comment