UK buka semula sekolah

LONDON: Sekolah-sekolah mula dibuka di United Kingdom minggu ini walaupun terdapat kebimbangan berlakunya lonjakan kes Covid-19 apabila ratusan ribu kanak-kanak kembali ke sekolah.

Ujian saringan Covid-19 akan dilakukan secara besar-besaran bagi mengelakkan penularan dalam komuniti.

Setiausaha Pendidikan Britain, Gavin Williamson, berkata ujian saringan yang dilakukan adalah sebahagian daripada usaha tanpa menguatkuasakan sekatan tambahan.

Beliau menjelaskan keseimbangan perlu dicapai bagi memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan sebaiknya.

“Kita perlu mencari titik keseimbangan yang terbaik bagi memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan yang sempurna.

“Oleh sebab itu, kita lakukan ujian saringan besar-besaran ini. Dan seperti yang saya katakan, kita akan menyaksikan sembilan juta ujian dilakukan dalam beberapa minggu akan datang,” kata Williamson.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan pelan kerajaan sekiranya berlaku lonjakan kes ketika pakar menjangkakan akan berlaku lonjakan menjelang akhir September selepas berakhirnya musim panas.

Pihak sekolah sebelum ini disaran melakukan pembersihan tambahan dan memantau pengudaraan bilik bagi mengelak penularan.

Related posts

Leave a Comment