100 jemaah solat Jumaat, 50 fardhu

SHAH ALAM 3 Sept. – Mulai Subuh hari ini masjid, surau dan musolla di Selangor menetapkan jumlah baharu bagi jemaah  menunaikan solat Jumaat dan solat fardhu lima waktu.

Ketetapan tersebut berikutan trend penurunan kes di negeri itu serta kadar vaksinasi yang dicapai dan juga kadar kemasukan pesakit ke hospital.

Melalui ketetapan baharu itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan 100 jemaah bagi solat Jumaat dan 50 bagi solat fardhu termasuk pentadbir.

Jumlah itu terpakai di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz (Masjid Negeri), Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya.

Jumlah yang sama juga meliputi masjid institusi dan masjid kariah bagi solat Jumaat dan fardhu.

Bagi surau kebenaran solat Jumaat pula, jumlah jemaah yang dibenarkan  adalah 50 orang manakala surau dan musollah dibenarkan  solat fardhu lima waktu bagi 50 orang sahaja.

Beberapa syarat ditetapkan termasuk terhuka kepada ahli kariah sahaja, telah menerima dua dos suntikan vaksin, melaksanakan penggiliran jika jemaah melebihi jumlah yang ditetapkan.

Pada masa yang sama Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi termasuk memakai pelitup muka, membawa sejadah saiz standard, berwudhuk dari rumah, menggunakan hand sanitizer, dan mengekalkan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Related posts

Leave a Comment