7 kes : 6 import 1 tempatan

PUTRAJAYA: Tujuh kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 170 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua tujuh kes baharu itu tidak melibatkan Kluster Sivagangga manakala jumlah kes keseluruhan 9,070.

Sebaliknya, enam adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara.

Hanya satu kes penularan di dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia, iaitu kes saringan di tempat kerja di Negeri Sembilan.

Beliau mempunyai sejarah bekerja di Indonesia dan telah pulang ke Malaysia pada 7 Mei 2020. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar

Enam kes import pula adalah masing-masing dari China, Yaman, Myanmar, Jepun, Pakistan dan Mexico.

Sebanyak 47 kes telah sembuh pada hari ini menjadikan jumlah mereka yang telah pulih adalah 8,775 kes.

Dalam masa sama, beliau berkata, tiada kes kematian direkodkan menjadikan kes kematian kekal 125 kes.

Related posts

Leave a Comment