Kadar kebolehjangkitan catat 0.99

PUTRAJAYA 2 Sept. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 menunjukkan trend penurunan selepas merekodkan 0.99 semalam berbanding 1.02 sebelumnya.

Ini adalah kali pertama kadar R-naught berada di bawah angka 1.0 selepas beberapa bulan.

Sebanyak sepuluh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Sarawak yang mencatatkan 1.18.

Ini diikuti Perlis 1.11, Johor 1.09, Sabah 1.08, Pulau Pinang 1.07, Kelatan 1.04, Terengganu 1.03, Perak 1.03, Kedah 1.02 dan Pahang 1.02.

Lima negeri mencatat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan iaitu Selangor 0.92, Melaka 0.90, Putrajaya 0.91, Negeri Sembilan 0.81 dan Kuala Lumpur 0.81.

Labuan pula mencatat tiga kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala  yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment