11 juta siap terima dua dos

PUTRAJAYA 17 Ogos – Setakat semalam, sebanyak 11,060,317 orang atau 47.2 peratus populasi dewasa sudah menerima dua dos suntikan lengkap, manakala

17,252,314 orang atau 73.7 peratus sudah menerima suntikan pertama.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), setakat ini jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 28,312,631 dos.

Semalam, vaksinasi harian mencatatkan 501,776 dos, dengan 175,874 individu mendapat dos pertama dan 325,902 menerima dos kedua.

Labuan mencatatkan populasi dewasa tertinggi menerima vaksin iaitu seramai 61,188 orang atau 89.2 peratus sudah menerima dua dos, manakala 68,029 individu atau 99.3 sudah mendapatkan suntikan dos pertama.

Ia diikuti Sarawak, dengan 1,664,749 orang atau 81.5 peratus populasi dewasa negeri sudah mendapat dua dos suntikan dan 1,822,036 orang atau 89.2 peratus menerima dos pertama.

Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor) pula mencatatkan 4,246,315 orang atau 68.9 peratus sudah menerima dua dos suntikan dan 4,246,315 orang atau 105.6 peratus mendapat dos pertama.

Angka melebihi 100 peratus kerana statistik kependudukan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia tidak mengambil kira perubahan populasi sejak Banci akhir, penduduk tanpa dokumen serta vaksinasi yang diberikan kepada penduduk tanpa dokumen dan golongan bukan pemastautin.

Negeri Sembilan mencatatkan 525,078 orang atau 64.5 peratus menerima dua dos sementara 689,753 lagi menerima dos pertama.

Perlis pula mencatatkan seramai 100,003 atau 55.2 peratus rakyat negerinya mendapat dua dos dan 133,148 lagi atau 73.5 peratus menerima dos pertama.

Related posts

Leave a Comment