Kadar kebolehjangkitan 1.08

PUTRAJAYA 8 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam,  7 Ogos untuk seluruh negara adalah 1.08 berbanding 1.09 pada hari sebelumnya.

Sebanyak 10 negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught melebihi purata kebangsaan.

Perlis mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.47 diikuti Kelantan 1.25, Sabah dan Pulau Pinang masing-masing 1.18, Terengganu dan Perak masing-masing 1.17, diikuti Kedah 1.15, Johor 1.13 , Sarawak 1.12, dan Pahang 1.11.

Lima negeri lagi mencatatkan kadar bawah purata kebangsaan iaitu  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 1.07, diikuti Melaka 1.02 dan Negeri Sembilan masing-masing 1.02

Labuan pula mencatatkan dua kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment