Kadar kebolehjangkitan 1.07

PUTRAJAYA 4 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam, 3 Ogos 2021 untuk seluruh negara adalah 1.07 sama seperti hari sebelumnya.

Sebanyak 12 negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught melebihi purata kebangsaan dengan Kelantan merekodkan kadar tertinggi, 1.31.

Ini diikuti Terengganu 1.27 dan Perak 1.24 manakala Sabah dan Pulau Pinang masing-masing mencatatkan 1.17.

Kedah 1.16, Pahang 1.14, Johor 1.14 dan Kuala Lumpur 1.12, Putrajaya 1.11

Melaka dan Sarawak masing-masing 1.08, Selangor 1.06 dan Negeri Sembilan 0.92.

Sementara Perlis dan Labuan masing-masing merekodkan tujuh dan lima kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment