Dua minggu lagi lepasi 200 juta kes

GENEVA 1 Ogos – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan jumlah kes Covid-19 akan melepasi 200 juta kes dalam tempoh dua minggu akan datang, kata kes lepasi Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Katanya, hampir 4 juta kes dilaporkan kepada WHO minggu lalu dan jangkitan Covid-19 telah meningkat sebanyak 80 peratus atau hampir dua kali ganda selama empat minggu terakhir di kebanyakan wilayah di dunia.

Di Afrika, katanya, kematian meningkat sebanyak 80 peratus dalam tempoh yang sama.

Bercakap pada taklimat media pada Jumaat, beliau berkata, sebilangan besar kenaikan ini didorong oleh varian Delta yang sangat mudah tersebar, yang kini telah dikesan di sekurang-kurangnya 132 negara.

“WHO telah memberi amaran bahawa virus Covid-19 telah berubah sejak pertama kali dilaporkan, dan ia terus berubah. Sejauh ini, empat varian telah muncul, dan akan ada lagi selagi virus itu terus menyebar,” katanya.

Peningkatan ini juga didorong oleh meningkatnya pergaulan dan pergerakan sosial, langkah-langkah kesihatan awam dan sosial yang tidak konsisten, dan penggunaan atau pEmbahagianvaksin yang tidak adil.

Kesan peningkatan kes katanya menjejaskan sistem kesihatan serta keperluan perubatan yang meningkat termasuk bekalan oksigen bagi menyelamatkan nyawa.

Beliau juga mengulangi matlamat  WHO untuk melihat setiap negara memvaksinasi sekurang-kurangnya 10 peratus penduduknya pada akhir September, sekurang-kurangnya 40 peratus pada akhir tahun ini, dan 70 peratus pada pertengahan tahun depan.

Bagaimanapun matlamat itu masih jauh dan setakat ini lebih daripada separuh negara telah memberi vaksinasi sepenuhnya 10% daripada populasi mereka, kurang dari seperempat negara memberikan vaksinasi 40%, dan hanya tiga negara yang telah memberi vaksinasi 70%.

Katanya, hampir 70% negara Afrika tidak akan mencapai sasaran vaksinasi 10% pada akhir September.

“Kira-kira 3.5 juta hingga 4 juta dos diberikan setiap minggu di benua ini, tetapi untuk mencapai sasaran bulan September ini mesti, ia meningkat kepada 21 juta dos sekurang-kurangnya setiap minggu,” karanya.

Beliau berkata, banyak negara Afrika bersiap sedia untuk menyuntik vaksin kepada penduduk tetapi vaksin belum tiba.

Related posts

Leave a Comment