Lebih 3.91 bilion dos disuntik

DATA Johns Hopkins University menunjukkan lebih 3.91 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

China mendahului dengan lebih 1.56 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India dengan 441 juta dos dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 341 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos.

Jepun dengan lebih 79 juta dos dan Perancis lebih 69 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 64 juta dos, diikuti Malaysia merekodkan lebih 18 juta, Filipina lebih 17 juta dos, Thailand lebih 15 juta dos dan Singapura dengan lebih 7 juta dos.

Related posts

Leave a Comment