CDC cadang guna pelitup muka

WASHINGTON: Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mencadangkan penggunaan pelitup muka dalam kalangan mereka yang sudah divaksinasi sepenuhnya.

Menurut pengarahnya, Dr Rochelle Walensky, cadangan tersebut terpakai di tempat tertutup terutamanya di negeri-negeri yang mencatatkan peningkatan kes harian.

Ia selepas kajian menunjukkan varian Delta lebih cepat menular terhadap penerima vaksin.

Di kawasan yang berisiko dan boleh menular dengan cepat, CDC mencadangkan mereka yang telah menerima suntikan penuh untuk menggunakan pelitup muka di tempat umum, di tempat tertutup bagi mengekang penularan varian Delta dan melindungi orang lain.

“Ia termasuk di sekolah. CDC mencadangkan semua di sekolah k-12 untuk menggunakan pelitup muka, termasuk guru, petugas, pelajar, pelawat walau apa status vaksinasi sekali pun,” kata Dr Walensky.

Cadangan tersebut menyusul selepas Los Angeles dan St Louis menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup susulan peningkatan kes dan rawatan di hospital.

Related posts

Leave a Comment