17,317,553 dos disuntik

PUTRAJAYA 26 Julai – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Februari lalu telah menyuntik 17,317,553 dos sehingga semalam.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata setakat 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,519,845 atau 16.9 peratus.

Sementara itu, 36.1 peratus atau 11,797,708 lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin.

Bagi vaksinasi harian, Dr Adham berkata 399,135 dos diberikan semalam, merangkumi 281,481 individu menerima suntikan pertama dan 117,654 penerima dos kedua.

Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mendahului dengan 4,831,190 menerima dos pertama dan 1,654,011 dos kedua manakala Sarawak dengan 1,660,168 dos pertama dan 1,140,604 dos kedua.

Related posts

Leave a Comment