Dunia catat 191.7 juta kes

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 global melebihi 191.7 juta dengan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.2 juta kes, diikuti India dengan lebih 31.2 juta kes dan Brazil lebih 19.4 juta kes.

Perancis, Russia, Turki dan United Kingdom merekodkan lima juta kes manakala Argentina, Colombia dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan melepasi 2.98 juta kes, diikuti Filipina lebih 1.5 juta dan Malaysia  lebih 950,000 kes.

Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 430,000 dan lebih 63,0000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi 4.12 juta dengan AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 609,000 kes.

Brazil merekodkan lebih 544,000 kes, India lebih 418,000 kes, Mexico lebih 236,000 kes manakala United Kingdom, Russia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman, sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 77,000 kes korban, Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 26,000 diikuti Malaysia lebih 7,000 kes dan Thailand dengan lebih 3,000 angka korban.

Related posts

Leave a Comment