Lebih 3.64 bilion dos disuntik

DATA Johns Hopkins University menunjukkan lebih 3.64 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat pagi ini, 2 Julai 2021.

China mendahului dengan lebih 1.45 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan. diikuti India 406 juta dos dan Amerika Syarikat (AS) sebanyak 337 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos ialah Brazil, United Kingdom serta Jerman lebih 85 juta dos, Jepun 70 juta dos dan Perancis 63 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 57 juta, diikuti Filipina, Thailand dan Malaysia kini dengan lebih 14 juta dos sementara Singapura lebih 6 juta dos.

Related posts

Leave a Comment