3.43 bilion dos global disuntik

LEBIH 3.43 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 1.37 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 379 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat (AS) sebanyak 332.9 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil dan United Kingdom serta Jerman dengan 81 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 51 juta, diikuti Filipina dan Thailand masing-masing 12.9 dan 12.3 juta dos.

Malaysia merekodkan lebih 11.3 juta dos manakala Singapura dengan lebih 6 juta dos.

Related posts

Leave a Comment