Korea Selatan catat 1,100 kes

SEOUL 12 Julai – Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) Korea Selatan melaporkan 1,100 kes baharu Covid-19 semalam,  perangkaan tertinggi pernah dicatatkan.

Seoul merekodkan 403 kes,  Gyeonggi 327 kes dan Incheon 56.

Dengan penularan terbaru itu, keseluruhan kes Covid-19 di Korea Selatan kini sebanyak 169,146 kes, dengan 2,044 kematian, iaitu lebih rendah berbanding perangkaan yang dicatatkan di kebanyakan negara perindustrian yang lain.

Namun, pihak berkuasa kesihatan di sana meluahkan rasa prihatin terhadap peningkatan pada jumlah pesakit muda yang belum lagi menerima vaksin dan penularan varian Delta yang mudah berjangkit berdasarkan penularan baru-baru ini.

Mulai Isnin, pemerintah Korea Selatan menguatkuasakan peraturan jarak selamat tahap tertinggi di Seoul dan di kawasan-kawasan sekelilingnya buat julung-julung kalinya, termasuk larangan terhadap perhimpunan melebihi dua orang selepas pukul 6 petang.

Related posts

Leave a Comment