Vaksinasi Malaysia kedua terbaik

KADAR purata vaksinasi Covid-19 harian negara dilaporkan kedua terbaik selepas Singapura dalam kalangan sembilan negara tersenarai, demikian menurut Our World in Data yang dikelolakan Oxford Martin School, University of Oxford dan GCDL.

Berdasarkan data ltu, setakat 9 Julai 2021, Singapura di tangga pertama dengan purata harian vaksinasi 1.3 bagi setiap 100 orang, diikuti Malaysia 0.96 bagi setiap 100 orang, Taiwan; 0.65, United Kingdom ; 0.38, Thailand; 0.36, Indonesia 0.31, Korea Selatan; 0.2, Amerika Syarikat; 0.18 dan Vietnam; 0.02.

Malaysia juga konsisten di tempat kedua dan mengatasi United Kingdom sejak 23 Jun lalu.

Data Our World in Data juga menunjukkan Malaysia turut merekodkan purata pemberian vaksin harian ketiga tertinggi pada 9 Julai 2021 dengan 309.694 dos, selepas Indonesia 854,602 dos dan Amerika Syarikat 593,848 dos.

Bagi peratusan vaksinasi, Malaysia berada di tangga kelima daripada sembilan negara tersenarai.

Setakat 9 Julai 2021, negara mencatatkan 10 peratus penduduk telah mendapat vaksinasi penuh, dan 13 peratus memperoleh satu dos.

United Kingdom merekodkan peratusan tertinggi dengan 51 peratus vaksinasi penuh, dan 17 peratus sebahagian dos.

Related posts

Leave a Comment