337,478 suntikan harian 9 Julai

PUTRAJAYA 10 Julai – Sebanyak 337,478 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara meningkat kepada 10,750,748 dos.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi hantaran di Twitter berkata daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 213,396 adalah dos pertama manakala 124,082 adalah dos kedua.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 92,400 orang, disusuli Sarawak (65,967), Kuala Lumpur (52,891), Perak (25,877) dan Negeri Sembilan (21,057).

Dr Adham berkata, sehingga semalam juga jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 dos pertama ialah 7,435,877 dan dos kedua 3,314,871.

Related posts

Leave a Comment