6 lagi sertai Masjid Lebih Selamat

SINGAPURA 6 Julai – Enam lagi masjid menyertai ujian perintis Masjid Lebih Selamat yang menawarkan zon tambahan bagi solat Jumaat bermula Jumaat ini di bawah aturan selamat Covid-19 yang diperketat.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam kenyataan berkata, masjid tersebut adalah Masjid Al-Iman, Masjid Al-Islah, Masjid Al-Khair, Masjid Al-Muttaqin, Masjid Darul Ghufran dan Masjid Yusof Ishak.

Ini bermakna, setiap masjid akan menawarkan dua zon ruang solat dengan setiap satu boleh menampung 50 jemaah bagi satu sesi solat Jumaat.

Sebelum ini empat masjid dipilih untuk menawarkan zon tambahan ruang solat, menjadikan jumlah keseluruhan 10 masjid dengan zon tambahan ruang solat.

Empat masjid yang terlebih awal menawarkan ruang tambahan – Masjid Al-Istighfar, Masjid Ar-Raudhah, Masjid Assyafaah dan Masjid Mujahidin – pula akan menambah ruang solat dari dua zon setiap satu kepada lima zon bagi setiap sesi.

Jemaah yang boleh menempah untuk menghadiri solat di 10 masjid tersebut perlu memenuhi salah satu syarat iaitu selesai menjalani vaksinasi, memiliki sijil pengecualian ujian pra-acara (PET) setelah sembuh dari jangkitan Covid-19, memiliki

sijil hasil ujian PET yang menunjukkan anda bebas dari Covid-19, tidak melebihi tempoh 24-jam dari masa selesai sesi solat, memiliki sijil hasil ujian RRT yang menunjukkan anda bebas dari Covid-19 tidak melebihi tempoh 24-jam dari ujian

Sementara itu tempahan untuk solat Jumaat bagi minggu ini, 9 Julai dan minggu depan bermula hari ini mukai pukul 10 pagi di https://ourmosques.commonspaces.sg atau menerusi aplikasi Muslim.sg.

Related posts

Leave a Comment