584 kes akibat varian baharu

PUTRAJAYA 5 Julai – Sebanyak 584 kes direkodkan akibat varian baharu, yang membabitkan jangkitan lebih meluas dan pantas, dikatakan menerusi bawaan udara, kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Beliau berkata sebanyak 40 kes dikenal pasti daripada varian B1617.2, manakala B1.352 (136 kes); B117 (10 kes); B1525 (dua kes); B161.7.14 (empat kes) dan varian membimbangkan atau varian kepentingan lain (392 kes).

Ia diperoleh menerusi beberapa tindakan pencegahan bagi ancaman varian Delta, termasuk jujukan genom.

Katanya, pencegahan dan kawalan berterusan dijalankan bagi mana-mana kes dikesan melalui kadar insiden tinggi dalam satu kawasan, yang mana kes menular dengan cepat, membabitkan kematian atau kes tinggi dalam kawasan serta kes tertinggi harian.

Related posts

Leave a Comment