R-naught turun kepada 0.93

PUTRAJAYA 17 Jun – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara turun kepada 0.93 setakat semalam (Rabu)  berbanding 0.94 sebelumnya, dengan Negeri Sembilan mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.03.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melalui akaun Facebooknya memaklumkan, Labuan dan Sabah merekodkan Rt kedua tertinggi masing-masing pada 1.02 diikuti Sarawak (1.00).

Kelantan pula merekodkan Rt terendah iaitu 0.75.

Antara negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Kuala Lumpur (0.97), Johor dan Selangor (0.95), Putrajaya (0.91) Melaka (0.90), Kedah (0.87), Perak (0.84), Perlis (0.83), Pulau Pinang (0.82), Pahang (0.79) dan Terengganu (0.76).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes Covid-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment