Selangor kembali melonjak

PUTRAJAYA 15 Jun – Selepas menunjukkan penurunan semalam, Selangor kembali merekodkan lonjakan sehingga menghampiri 2,000 kes hari ini iaitu 1,996 berbanding 1,523 semalam.

Ini bermakna, Selangor terus menjadi penyumbang tertinggi kepada angka harian peringkat negara yang merekodkan 5,419 kes berbanding 4,949 semalam.

Jumlah kumulatif Selangor kini adalah 218,477 manakala peringkat negara 667,876.

Turut menunjukkan peningkatan kes hari ini adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merekodkan 650 kes berbanding 503 semalam, Negeri Sembilan 396 (323), Kedah 252 (199), Kelantan 245 (214), Melaka 155 (119), Wilayah Persekutuan Labuan 138 (113),

Negeri yang mencatatkan penurunan adalah Sarawak 718 berbanding 744 semalam,

Johor 430 (366), Sabah 230 (273), Pulau Pinang 124 (214), Perak 68 (136), Terengganu 43 (86), Pahang 32 (61) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 5 (10)

Perlis pula kekal dengan satu kes baharu seperti dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment