PKPD beberapa lokaliti 4 – 17 Jun

KUALA LUMPUR 3 Jun – Mulai esok 4 Jun sehingga 17 Jun beberapa kawasan di Pulau Pinang, Sabah dan Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu diambil berikutan peningkatan kes di kawasan terlibat termasuk sekitar Pekan Bayan Lepas, Pulau Pinang yang merekodkan 83 kes baharu dikesan dalam masa dua minggu.

Setakat semalam, kes keseluruhan mencecah 250. 

Katanya 13 lokaliti sekitar Pekan Bayan Lepas, yang terlibat adalah  Sri Bayu; Bayu Tiara; Bayu Nyaman; Halaman Murni; Bayan Permai; Bayan Tiara; Taman Ara Indah; Kampung Bukit; Kampung Perlis; Kampung Masjid; Jalan Mahkamah; Jalan Kampung Pak Lah dan Lebuh Kampung Bukit.

PKPD turut dikenakan di Lorong Taman Utama 5 hingga 8, Taman Utama, Sandakan, Sabah setelah mendapati berlaku peningkatan ketara dalam tempoh singkat iaitu sembilan kes dicatatkan daripada 13 saringan dengan kadar positiviti 69.2 peratus. 

Lokaliti lain di Sabah yang dikenakan PKPD ialah Kampung Sepagaya Hulu, Lahad Datu serta dua lokaliti dalam Daerah Kota Kinabalu iaitu Rumah Murah Kepayan dan Kampung Tanjung Aru Baru. 

PKPD turut dilaksanakan di empat taman perumahan di Mukim Bentong, Pahang iaitu Taman Bentong Makmur, Taman Harmoni, Taman Kolej dan Taman Desa Damai. 

Sementara itu, lokaliti PKPD di Mukim Pekan, Kunak, Sabah diperluaskan meliputi 15 lokaliti baharu. 

Lokaliti yang terlibat ialah Bajau Laut-Palauh; Kampung Cina; Kampung Selamat; Kampung Kunak Jaya; Kampung Singgah Mata; Kampung Kunak Kecil; Kampung Bagiang dan Kampung Jaya Baru.

Selain itu, Kampung Datuk Haji Zainal Gunong; Kampung JKR Lama; Kampung Haji Mohd Noor; Kampung Pangkalan Lama; Kampung Pangkalan Laut; Kampung Sungai Atas dan Pekan Kunak.

Justeru PKPD di Kampung Kunak Tiga; Kampung Kabog; Kampung Kabog Baru; Kampung Kunak Darat; Kampung Getah; Kampung Getah Tengah dan Taman Kunak Kaya di daerah itu sebelum ini terbatal dan mengikut tarikh baharu iaitu bermula 4 hingga 17 Jun ini. 

PKPD Sekolah Menengah Ugama Pantai Manis, Papar, Sabah yang dijadualkan tamat hari ini dilanjutkan sehingga 17 Jun ini,

Related posts

Leave a Comment