Enam kluster baharu

SEBANYAK 39 kluster aktif termasuk enam kluster baharu melaporkan kes baharu 22 Oktober. Kluster Penjara Kepayan mencatatkan kes tertinggi (155) diikuti Kluster Sofi iaitu kluster baharu sebanyak 33 kes.

Kluster Utama telah merebak ke generasi ke-enam. Seramai 206 disahkan positif termasuk 51 telah sembuh dan discaj. Seramai 882 telah disaring.

KLUSTER TINUSA

Melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12844) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 6 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat mengenal pasti 33 lagi kes positif Covid-19.

Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 586 individu disaring, di mana: 33 kes dikesan positif Covid-19 (3 kes baharu); 486 individu negatif; dan 67 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER SAUH

Melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Papar di Sabah serta daerah Miri di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke16540 dan kes ke-17508) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan bergejala pada 13 Oktober 2020. Kes ke-16540 dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan kes ke-17508 dimasukkan ke Hospital Miri, Sarawak. Saringan kontak rapat mengenal pasti lagi 15 kes positif Covid-19. Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 149 individu disaring, di mana: 17 kes dikesan positif Covid-19 (tiga kes baharu); dan 132 individu negatif.

KLUSTER JAMBU

Melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19367) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pra pembedahan pada 16 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 13 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 139 individu disaring, di mana: 15 kes dikesan positif Covid-19 (6 kes baharu); dan 124 masih menunggu keputusan.

KLUSTER SOFI

Melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22198) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 20 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Rembau. Saringan kontak rapat mengenal pasti 33 lagi kes positif. Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 160 individu telah disaring, di mana:34 kes dikesan positif COVID-19 (33 kes baharu); 11 individu negatif; dan 115 masih menunggu keputusan.

KLUSTER BAH MUTIARA

Melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor serta daerah Titiwangsa dan Lembah Pantai di WP Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-10507) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 23 Oktober 2020. Kes juga mempunyai sejarah pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengenal pasti 9 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 96 individu disaring, di mana: 10 kes dikesan positif Covid-19 (1 kes baharu); dan 86 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER UMBOO

Melibatkan daerah Alor Gajah di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-21322) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan di Depoh Tahanan Imigresen pada 18 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat mengenal pasti tiga lagi kes positif Covid-19. Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 373 individu disaring, di mana: empat kes dikesan positif Covid-19 (satu kes baharu); 218 individu negatif; dan 151 individu masih menunggu keputusan.

Related posts

Leave a Comment