Tren dibawa keluar lebih awal

KUALA LUMPUR 27 Mei – Kedua-dua tren yang terlibat dalam kemalangan pada 24 Mei lalu telah berjaya dibawa keluar lebih awal dari tempoh tiga hari yang dijanjikan setelah para petugas bekerja tiga shif tanpa henti.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, TR40 selamat sampai ke Subang depoh pada pukul 3.45 pagi manakala TR81 pula sampai di Gombak tail track pada pukul 4.51 pagi.

Katanya, pihak Prasarana akan menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan track dari Stesen Kampung Baru ke Stesen KLCC.

“Akan tetapi, Team Recovery terpaksa “Power Down” (menutup pembekalan kuasa) untuk seluruh stretch yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai yang melibatkan lima stesen LRT sepanjang stretch iaitu Damai, KLCC, Ampang Park, Kampung Baru dan Dang Wangi,” katanya melalui Facebooknya.

Dalam tempoh itu hanya satu landasan beroperasi dari Stesen Damai ke Stesen Pasar Seni (7 buah stesen LRT) dan masa yang diambil untuk sesebuah tren melalui landasan berkenaan adalah 16 minit.

Bagaimanapun kaedah “platoon” akan digunakan bagi dua tren memasuki landasan ke arah yang sama.

Ka Siong berkata sebaik saja kerja pembaikan landasan selesai, pemeriksaan akan dibuat oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan tersebut.

Related posts

Leave a Comment